Marvel Adiwira Pertama Asia

Marvel Terbitkan Shang-Chi, Filem Adiwira Asia Pertama

Dengan kehangatan filem adiwira Captain Marvel yang masih ditayangkan di pawagam, Marvel Studio telah mengumumkan satu berita baik buat peminat-peminat Marvel terutamanya Asia.

Marvel Studio mengorak langkah untuk menerbitkan sebuah filem adiwira Asia yang pertama iaitu Shang-Chi, selepas kejayaan filem Captain Marvel dan Black Panther dalam usaha untuk menampilkan pelbagai lagi watak adiwira ke layar perak.

Marvel Adiwira Pertama Asia
Sumber:

Shang-chi merupakan watak dalam komik Marvel yang mengisahkan seorang adiwira yang berketurunan China dan Amerika Syarikat.

Destin Daniel Cretton, seorang pengarah kacukan Asia-Amerika dipilih untuk mengarah filem superhero tersebut.

Menurut The Hollywood, terbitan yang julung kali diterbitkan oleh Marvel itu juga akan menampilkan watak Asia sebagai teraju utama filem itu nanti. Namun watak Asia yang akan dipilih sebagai teraju utama masih belum lagi diputuskan.

Marvel Studio berharap filem Shang-Chi bakal pecah panggung dan menangani rekod filem Crazy Rich Asians; filem Hollywood pertama yang menampilkan pelakon majoriti Asia dalam tempoh 25 tahun.

Setakat ini, tarikh penggambaran filem Shang-Chi masih belum lagi didedahkan. Sama-sama kita nantikan.

Sumber: HuffPost, Astro Awani