Tertukar Mayat

Temui Badan Asing Dalam Keranda, Rumah Mayat Mengaku Hilangkan Mendiang Nenek

Sebuah rumah mayat, Roy Mizell & Kurtz Funeral Home di Florida cuba melakukan penipuan dengan meletakkan mayat individu lain di dalam keranda yang sepatutnya diletakkan seorang nenek, Norma Newman.

Keluarga yang sepatutnya mendapat peluang mengucapkan selamat tinggal terakhir kepada mendiang namun apabila adik kepada Norma Newman membuka keranda tersebut, dia merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Tertukar Mayat

“Saya pergi untuk melihat mendiang dan dia bukan kakak saya. Kami tidak kenal siapa di dalam keranda tersebut.” – Adik mendiang

“Terlalu banyak perbezaan pada mayat dalam keranda tersebut. Bila kami tanyakan di mana tahi lalat di muka mak cik saudara kami, pihak rumah mayat mendakwa bahawa mereka telah menutupinya dengan solekan. Mana mungkin, tanda tersebut amat jelas di muka mendiang.” – Anak saudara mendiang

Menurut keluarga, perbezaan yang paling ketara ialah bilangan jari kaki mayat. Norma Newman hanya mempunyai empat jari kaki tetapi mayat tersebut sempurna bilangan jarinya.

Bagi keluarga Norma Newman, isu paling utama adalah mereka tidak mengetahui di mana mayat mendiang berada.

Tertukar Mayat

Walaupun sudah jelas mayat dalam keranda tersebut bukanlah milik Norma Newman, pihak pengurusan rumah mayat tersebut masih enggan memberikan jawapan dan penjelasan kepada keluarga mendiang.

Rumah mayat itu kemudiannya mengakui bahawa mayat dalam keranda tersebut bukanlah milik mendiang Norma dan mereka sendiri tidak tahu di mana keberadaan mendiang.

Masih dalam proses siasatan, temu bual bersama keluarga yang turut menggunakan khidmat pengebumian rumah mayat terbabit pada awal bulan ini menyatakan bahawa mungkin rumah mayat tersebut sudah tertukar mayat keluarga mereka dengan mendiang Norma Newman.

Sumber: Metro.co.uk