Facebook alami gangguan

Gangguan Facebook, Instagram Dan WhatsApp Lebih 5 Jam, Tiada Kaitan Dengan Serangan DDoS

Ramai yang mengadu mengalami masalah gangguan Facebook, Instagram dan WhatsApp sejak beberapa jam yang lalu.

Menjadi topik utama hari ini, gangguan Facebook, Instagram dan WhatsApp ini dikatakan bermula pada tengah malam tadi dan berlarutan sehingga jam 11 pagi tadi.

Facebook alami gangguan

Di Instagram dan Facebook, ada sesetengah pengguna dapat membuka laman terbabit tetapi mengalami masalah semasa mahu melakukan hantaran. Ada juga bahagian features di bahagian kolum tepi Facebook (desktop version) tidak keluar.

BACA: Facebook Cari Wartawan Untuk Kendali Tab Khusus Berita

Bagi WhatsApp pula, pengguna mengalami masalah semasa mahu menghantar gambar, video atau mesej; hantaran tidak sampai.

Menafikan gangguan Facebook, Instagram dan WhatsApp tersebut mempunyai kaitan dengan serangan DDoS (Distributed-Denial-of-Service Attack), iaitu serangan yang membuatkan komputer atau pelayar tidak dapat berfungsi dengan baik akibat penyerangan spam secara serentak.

Gangguan kali ini dianggap yang terbesar kerana mengikut laporan, pengguna di Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah mencatatkan angka tertinggi setakat ini.

Semakan di laman Down Detector mendapati, Instagram mendapat 1,481 laporan, manakala Facebook 438 laporan dan Wahtsapp sebanyak 254 laporan yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Walau bagaimanapun kesemua pelayar di atas sudah berada dalam keadaan baik dan beroperasi seperti biasa.

Terdahulu, aplikasi ini pernah mencetuskan kepanikan pengguna apabila gagal berfungsi sehingga menyebabkan gangguan sama ada semasa pengguna mahu membuka atau melihat hantaran terbaharu, mahu pun memuat naik gambar atau stories.

Cubaan untuk mendaftar keluar juga dikatakan gagal dilakukan termasuklah mendaftar masuk kembali menggunakan akaun berlainan.

Gangguan ini menyebabkan pengguna beralih ke laman media sosial Twitter untuk meluahkan rasa geram dan terganggu mereka dengan kesulitan ini.

Pernah dalam ‘sejarah’, salah satu daripada aplikasi ‘adik-beradik’ ini iaitu Facebook pernah mengalami gangguan aibat kerja-kerja menaik taraf bagi menampung keperluan dan kepentingan pengguna yang semakin bertambah.

Ramai yang panik apabila Facebook mengalami gangguan kerana ianya merupakan platform komunikasi dengan bilangan pengguna terbesar bagi menjalankan perniagaan oleh pengguna.

Sumber: Facebook