dr wan azizah wan ismail

TPM: LGBT Adalah Haram Dan Bertentangan Dengan Norma Sosial

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menegaskan bahawa umat Islam tidak boleh menyokong komuniti LGBT. Kenyataan ini dijelaskan beliau selepas berlaku kekecohan di media sosial mengenai kehadiran kumpulan itu pada perbarisan Hari Wanita Sabtu lalu.

Menurut akaun Twitter milik Ahli Parlimen Pandan itu, beliau menyatakan bahawa pendiriannya mengenai isu LGBT tetap sama seperti yang dilaporkan dalam Malay Mail Ogos tahun lepas. Menurut laporan tersebut, beliau mengatakan Islam melarang para pengikutnya untuk mengiktiraf hak LGBT.

Subjek yang panas ini telah digembar-gemburkan sekali lagi apabila seorang menteri menyarankan para aktivis LBGTQ merampas perhimpunan Hari Wanita Antarabangsa dengan menggunakan peristiwa itu untuk menuntut hak yang sama rata dengan masyarakat lain.

dr wan azizah wan ismail 2

Pemimpin-pemimpin kerajaan Pakatan Harapan tidak bersefahaman mengenai isu ini. Pemimpin dari kalangan Muslim menolak permintaan komuniti LGBT manakalan pemimpin dari DAP secara terbuka menyokong kumpulan ini.

Kumpulan kebebasan awam telah mengkritik Putrajaya akibat daripada perhimpunan Sabtu lalu.

Untuk rekod, terdapat kumpulan pendukung LGBT daripada kalangan Muslim turut giat mempromosikan budaya songsang ini.

Mengangkat hak asasi manusia yang jelas bertentangan dengan norma masyarakat, komuniti LGBT ini dilihat secara terbuka cuba menyampaikan dakyah dan fahaman mereka dengan lebih meluas.

Bukan sahaja bertentangan dengan norma manusia, malah mereka turut cuma menormalisasikan perbuatan ini yang jelas bertentangan dengan hukum agama Islam. Sehingga hari ini, isu mengenai ini di Malaysia hangat diperkatakan kerana majoriti di negara ini adalah Muslim dan Islam melarang para pengikutnya untuk mengiktiraf hak mereka.

Sumber: Malay Mail

Leave a Reply