
2018: RM8.4 Bilion Hartanah Di Malaysia Dibeli Warga China
Tahun lalu, warga China dan Bangladesh dilaporkan merupakan individu paling banyak membeli rumah pada 2017 di Malaysia menerusi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) menerusi data daripada pihak Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya.
Untuk data tahun 2018, warga China masih mengekalkan kedudukan mereka sebagai individu paling banyak memiliki hartanah di Malaysia dengan nilai pembelian sebanyak RM8.4 bilion atau 12.2% daripada jumlah nilai urus niaga dan 0.4% daripada jumlah urus niaga saham.
Berita yang diperoleh daripada portal hartanah antarabangsa China (Juwai.com) dan rangkaian agensi hartanah Malaysia (IQI Global) mendapati pembeli China menyumbang kesan berganda yang ketara dengan kesan pelaburan mereka melimpah ke sektor lain seperti peruncitan, hospitaliti, pembuatan, pembankan, insurans dan pengangkutan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IQI Global, Kashif Ansari pembelian hartanah warga asing memberikan impak postif kepada ekonomi, yang melepasi harga belian yang mereka bayar selain fi dan cukai.
Di Malaysia telah wujudnya perdebatan sama ada pembelian hartanah daripada warga asing adalah sesuatu yang baik atau pun tidak kepada negara, namun kerajaan Malaysia mempunyai banyak kawalan terhadap pembeli hartanah warga asing jika dibandingkan dengan negara lain.
Pengerusi Eksekutif Juwai.com, Georg Chmiel berkata permintaan China meningkat sebanyak 16.5% pada suku ketiga tahun ini jika dibandingkan dengan tempoh suku yang sama pada tahun 2018.
Dari segi jumlah nilai pelaburan hartanah China, Malaysia menduduki ranking terendah jika dibandingkan dengan Thailand, Jepun, Australia dan Kanada yang menjadi pilihan destinasi popular pembeli China.
Pertengahan September lalu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mencadangkan penganjuran Kempen Pemilikan Rumah (HOC) kepada pembeli warga asing bagi meneyelesaikan isu lambakan rumah mewah tidak terjual sebagai salah satu usaha memulihkan ekonomi negara bagi merancakkan projek pembangunan perumahan mampu milik di Malaysia menerima kecaman ramai.
Oktober lalu, Bank Negara telah mendedahkan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu untuk memiliki rumah baharu yang dilancarkan kerana melebihi kemampuan mereka iaitu dengan perbezaan melebihi kadar RM135,000.
https://www.facebook.com/odisimy/photos/a.1530501650416379/1715093808623828/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARD2HWbnKCgkO_tYELDQ6XTd_Gqps5pZb_G4WtZAWJKqzPqinBwkaAgj9n91EgsuSBKASgpmKpqqJofA6IRaRBw5hW7DvDb1I5hYIy4LE1mD4Mr4ri-uz6zli2hzTT-dIeIUOwzdi-9gLOz58I018VNEXlkL1SaDfK3l7ARGH13CVhk-e78V2yQ7ZbnmblBeUfIkQteodgikw9o9m1MQXnM_S8rjxxzQkdM1I4qcfoaQRzuBe8T7VwaOvnge-r1OxV1fbP8_kKsRSp550eF3nBN-r-6f_sFWMdWrs4M_C1Mwag5u3LEmnVGZLCOM42qLEjeq2KDkszF-p2As0yJGNxqDyNF4&__tn__=-R
Sumber: Astro Awani, Berita Harian
Lagenda tiada ganti.
P. RAMLEE : Seniman Tanah AIr Tiada Ganti
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.
Trending now



