Ganja Tikus

200 Kilogram Ganja Rampasan Polis Didakwa Hilang Akibat Dimakan ‘Tikus’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Hampir 200kg ganja rampasan yang disimpan di sebuah balai polis di daerah Uttar Pradesh, India didakwa hilang akibat dimakan tikus.

Hakim mahkamah Uttar Pradesh, Sanjay Chaudhary, dipetik berkata, tikus sememangnya adalah haiwan kecil yang tidak ‘gentar’ dengan pihak berkuasa.

“Sukar untuk melindungi dadah daripada (tikus),” katanya secara sinis setelah mendengar alasan dari pihak polis.

Menurutnya lagi, apabila mahkamah meminta pihak polis untuk mengemukakan bukti rampasan, mereka memaklumkan kepada mahkamah bahawa 195kg ganja itu telah ‘dimusnahkan’ oleh tikus.

Sebelum ini, Chaudhary mendakwa kira-kira 700kg ganja yang pernah disimpan di sebuah balai polis di daerah Mathura turut mengalami nasib yang sama.

Pada 2018 pula, lapan pegawai polis Argentina pernah dipecat selepas mereka ‘menyalahkan’ tikus kerana kehilangan setengah tan ganja dari gudang polis.

Tambahnya lagi, pihak polis tidak mempunyai kepakaran dalam menangani perkara sedemikian memandangkan sifat tikus yang ‘terlalu kecil’.

Setakat ini, masih belum ada sebarang tangkapan terhadap sebarang tikus dilaporkan.

Ganja Tikus

BACA: Jerman Pun ‘Join Sekali’, Ganja Untuk Tujuan Rekreasi Semakin Diterima Seluruh Dunia

Sumber: BH Online