
2 Daripada 3 Kes Baharu COVID-19 Adalah Daripada Individu Yang Belum Lengkap Atau Tidak Divaksinasi
Kes yang mencatatkan sebanyak 20,396 pada hari Ahad, 5 September menunjukkan bahawa 66.3% atau 13,519 kes adalah daripada pesakit yang tidak mempunyai sejarah atau belum melengkapkan dua dos vaksinasi.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 6,877 kes atau 33.7% daripada keseluruhan kes telah melengkapkan vaksin dan daripada jumlah itu, 6,795 daripada mereka mengalami jangkitan pada kategori satu iaitu tidak mengalami sebarang simptom.
Situasi ini menunjukkan bahawa mereka yang telah melengkapkan vaksinasi dapat dilindungi dengan lebih terkawal serta mengelakkan daripada terkena jangkitan yang serius oleh COVID-19.
Pada tarikh berkenaan, dilaporkan kes kematian seramai 336 orang akibat jangitan COVID-19 dimana melibatkan 274 rakyat tempatan dan 62 warga asing.
Bagi yang belum mendaftarkan diri dengan vaksin, diharap dapat melakukannya dengan pantas kerana data telah membuktikan bahawa vaksin mampu untuk mempertahankan diri daripada jangkitan COVID-19 yang lebih serius.
BACA: Lantang Kutuk Vaksin Di Media Sosial, Lelaki Ini Meninggal Dunia Akibat COVID-19
Sumber: The Star