Konten Viral

2 Cara Paling Mudah Untuk Buat Konten Viral Bagi Mereka Yang Berniaga

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jika diperhatikan di negara kita ini, sebenarnya hanya terdapat 2 jenis strategi yang sering digunakan oleh golongan usahawan atau mereka yang berniaga untuk mencetuskan impak viral dalam bisnes mereka.

Apakah strategi yang menggunakan konten yang sangat mudah tersebut?

Mohd Noor Azam Ateh telah membuat satu perkongsian ilmu mengenai perkara ini di Facebooknya berikut:

Konten Viral

2 STRATEGI VIRAL ORANG BERNIAGA YANG BIASA KITA JUMPA.

Ada dua strategi yang orang bisnes guna dalam media sosial supaya konten viral dapat hasil kepada bisnes.

Tapi nombor satu kena pastikan konten itu boleh viral lah.

Cara #1:

Buat konten yang berkaitan dengan bisnes. Contohnya peniaga nasi lemak kongsi tips turun temurun memilih beras untuk nasi lemak dan cara masak supaya nasi lemak jadi lembut dan wangi.

Konten itu dikongsi ramai suri rumah dan akhirnya viral ke page makanan seluruh Malaysia.

Cara #2:

Buat konten yang tiada kaitan dengan bisnes. Selalunya yang cetus kontroversi.

Contohnya peniaga nasi lemak berpakat ada pelanggan cari gaduh dengannya. Padahal pelanggan itu kawan baiknya.

Konten itu viral dengan pantas sebab isu gaduh.

Bukan sebab nasi lemak.

Kedua-dua kaedah ini boleh sebabkan viral.

Tapi mana satukah yang paling berkesan dengan beri impak kepada pelanggan dan bertahan lama?

#viral
#kontenviral
#tipskontenviral
#azamonlineclassnovember

BACA: Kenapa Konten ‘Sampah’ Dan Mengarut Sering Mendapat Perhatian?

Sumber: Mohd Noor Azam Ateh