
18 September Dipilih Sebagai Hari Rambo Sempena Filem ‘Rambo: Last Blood’
Hampir empat dekad, Jonh Rambo mewarnai industri perfileman dan pada hari ini (18 September 2019) Lionsgate bersama pemegang watak Rambo, Sylvester Stallone meraikan Hari Rambo sempena filem terakhir beliau yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, Rambo: Last Blood.
Hari Rambo disambut di beberapa lokasi terpilih di Amerika Syarikat, dengan mempromosi filem, mengadakan sebuah majlis dan acara istimewa. Siri Rambo adalah salah satu francais yang dianggap terbaik bagi kategori filem aksi.
Bagi mereka yang mengikuti semua filem dalam francais Rambo, pasti mengimbau kembali babak terbaik Rambo sebagai bekas Greet Beret di Vietnam, mesin pertempuran lagenda yang dikenali sebagai Rambo, menyelamatkan pegawai komando dari Soviet dan sebagai mubaligh di Myanmar.
Antara yang bakal berlaku pada Hari Rambo:
1. Hari Rambo dirasmikan pada 18 September di Los Angeles.
2. Cabaran ‘The World’s Greatest Rambo Fan’ akan menganugerahkan peminat Rambo berdasarkan video pendek peminat melakukan impresi Rambo. Semua peminat seluruh dunia digalakkan untuk menyertai pertandingan ini.
3. Bandar Bowie, Arizona turut mengisytiharkan 18 September sebagai Hari Rambo yang merupakan kampung halaman John Rambo.
4. Pawagam Alamo Drafthouse akan meraikan hari Rambo dengan Rambo Movie Marathon sepanjang hujung minggu bermula hari tayangan filem Rambo: Last Blood.
Untuk para peminat Rambo, jangan lupa menonton filem terakhir Sylvester Stallone ini di pawagam Malaysia pada 19 September nanti.
BACA: Ulasan Filem: ‘Rambo: Last Blood’
Sumber: Collider