Senarai Semak Balik Kampung

15 Senarai Semak Sebelum Balik Kampung

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dalam keriangan dan keghairahan kita untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya bersama keluarga, pasti ada benda yang kita terlupa atau terlepas pandang.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah lama tidak berpeluang untuk balik kampung 2 tahun sebelum ini akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

Senarai semak yang disediakan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman Facebooknya ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu.

Walau bagaimanapun, anda masih digalakkan untuk membuat senarai semak sendiri dan menjadikannya hanya sekadar panduan semata-mata. No. 14 juga mungkin tidak lagi relevan selepas 1 Mei nanti.

Senarai Semak Balik Kampung

15 SENARAI SEMAK BALIK KAMPUNG

Dah lama kita tak balik kampung, kan? Mesti ada yang dah lupa persediaannya bagaimana. Tak apa, saya beri senarai semak ni:

  1. Mohon cuti secukupnya. Jangan pura-pura sakit dan, minta MC di klinik.
  2. Tukar duit kecil, beli sampul duit raya. Boleh juga guna e-duit raya. Tak nak beri pun tak apa.
  3. Sediakan duit tunai untuk bayar zakat fitrah. Boleh juga bayar guna MAE (Maybank).
  4. Rancang tarikh dan masa perjalanan. Lebuh raya dijangka amat sesak di waktu kemuncak.
  5. Periksa dan selenggara kenderaan sebelum perjalanan. Pastikan kenderaan selamat.
  6. Jika ada anak kecil, pastikan ada kerusi keselamatan kanak-kanak.
  7. Bawa ubat penyakit kita: darah tinggi, kencing manis, asma, kolesterol dan sebagainya.
  8. Matikan peralatan elektrik yang tidak gunakan, dan cabut palam. Tutup paip air utama.
  9. Kunci pintu dan jeriji. Beritahu jiran tentang ketiadaan kita. Nyalakan lampu luar.
  10. Jangan lupa tambah nilai kad Touch N Go atau RFID di stesen minyak atau 7-Eleven.
  11. Elakkan berkonvoi atau berlumba. Kes kemalangan selalu meningkat pada waktu seperti ini.
  12. Bawa sedikit makanan dan minuman kerana hentian rehat pastinya akan penuh.
  13. Jika mengantuk, berhenti di hentian terdekat untuk tidur sebentar. Biar lambat, asal selamat.
  14. Kekalkan penjagaan SOP di tempat awam seperti pemakaian pelitup, dan imbasan MySejahtera.
  15. Lebihkan masa buat aktiviti bersama ahli keluarga di rumah. Jangan asyik menghadap telefon.

Dalam keseronokan untuk bertemu ahli keluarga, jangan lupa tentang keselamatan dan kesihatan. Sama-sama kita perkara ini.

Semoga bermanfaat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Beraya Dengan Selamat

Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan