Jerebu malaysia Indonesia

“11 Bulan Hirup Udara Segar Daripada Kita, Malaysia Tak Tahu Bersyukur” – Timb. Presiden Indonesia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Walaupun sudah dilakukan acara pembenihan awan semalam, catatan IPU jerebu di Malaysia masih lagi tinggi di beberapa kawasan sehingga menyebabkan lebih 200 buah sekolah ditutup di kawasan Selangor, Port Dickson, Putrajaya, Sarawak dan Lembah Klang.

Kejadian ini berlaku akibat daripada kebakaran hutan terutamanya yang kerap berlaku di Indonesia, khususnya di wilayah Riau yang mana asap kebakaran akan bergerak ke negara jiran terutamanya di Malaysia dan Singapura.

Indonesia Dakwa Jerebu malaysia Bukan daripada mereka 1

Ini turut diakui oleh Wakil Presiden Jusuf Kalla. Namun yang menariknya, kenyataan Jusuf Kalla atau lebih dikenali sebagai JK pada tahun 2015 kembali menjadi tular, iaitu Malaysia dan Singapura sepatutnya berterima kasih kepada Indonesia yang telah memberikan udara yang baik sepanjang 11 bulan yang lainnya apabila kedua negara ini meminta agar kerajaan Indonesia meminta maaf atas sebab isu jerebu ini.

Ini kerana kata beliau hutan Indonesia yang lebat membantu dalam menyumbangkan udara yang baik kepada negara jirannya selama 11 bulan dan hanya kerana jerebu yang berlaku selama satu bulan, Malaysia dan Singapura marah-marah kepada mereka.

Sumber: Liputan 6

 

 

The Boys papar siri adiwira gelap.

Jom Tonton Siri Baru – The Boys

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.