Penjawat Awam Palsukan Surat kebenaran Rentas Negeri

100 Ribu Kenderaan Dijangka Masuk Kelantan Sambut Aidil Adha

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

100 ribu kenderaan dijangka masuk Kelantan sempana sambutan Aidil Adha.

Sempena sambutan Aidiladha Jumaat ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menjangkakan sebanyak 100 ribu kenderaan akan memasuki Kelantan dari arah sebelah utara, selatan dan Lembah Klang.

BACA: Kelantan Kembali Catat Kes COVID-19 Akibat Perantau Rentas Sempadan

Jangkaan tersebut membawa kepada peningkatan kenderaan sebanyak 50% di jalan raya Kelantan.

Susulan itu, JPJ Kelantan akan melaksanakan Ops Patuh bermula Selasa hingga Ahad melibatkan 120 pegawai dan anggota dengan sasaran mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Kelantan Kes Baharu Rentas Sempadan

Sekatan jalan raya (SJR) tidak akan dijalankan bagi mengelak berlakunya kesesakan trafik tetapi anggota dan pegawai akan ditempatkan di kawasan yang sering berlaku kemalangan.

Tumpuan akan diberikan kepada kesalahan jalan raya seperti tidak memakai tali pinggang keledar, melanggar lampu isyarat, memandu sambil menggunakan telefon dan menggunakan lorong kecemasan.

Operasi SJR yang dijalankan semalam telah mengumpulkan 134 kesalahan dengan pengeluaran notis saman sebanyak 121 membawa kepada jumlah kompaun yang dikeluarkan adalah RM27,340.

Sejak jam 10 malam semalam, keadaan trafik mulai sesak dan perlahan di Plaza Tol Gombak menghala ke Pantai Timur. Biarpun terdapat pertambahan kenderaan, keadaan masih lagi terkawal.

Isnin lalu, Menteri Kanan (keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perjalanan rentas negeri dan daerah dibenarkan sempena sambutan Aidiladha.

Bagaimanapun, orang ramai perlu mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh kerajaan bagi mengelakkan penularan kes COVID-19 di dalam negara.