
100 Hari Memerintah, Krisis COVID-19 Antara Bukti Kemampuan Muhyiddin Yassin Mentadbir Negara
Hari ini genap 100 hari Muhyiddin Yassin memerintah negara sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8. Mula mentadbir sejak 1 Mac 2020, krisis COVID-19 antara tanggungjawab paling besar yang perlu beliau selesaikan.
Krisis penularan pandemik ini tidak hanya datang sebagai satu krisis kesihatan tetapi juga bersama krisis ekonomi.
BACA: Muhyiddin Yassin Tetap Tenang Walaupun ‘Tertekan’ Diasak Tiga Krisis Besar
Menjadi bukti kemampuan beliau mampu mentadbir negara sebagai Perdana Menteri Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara langkah berani yang diambil Muhyiddin meskipun sedar dengan implikasi pelaksanaannya yang boleh mengancam ekonomi negara.
Menurut seorang pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Hazrul Shahiri, Muhyiddin berjaya mengubah krisis menjadi peluang dalam membuktikan kemampuannya mentadbir negara.

Antara tindakan bijak yang dilakukan untuk memulihkan dan membangunkan ekonomi negara adalah dengan melantik pakar ekonomi untuk mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi merangka dasar fiskal jangka pendek dan panjang bagi menangani krisis kemelesetan ekonomi.
Awal Mei lalu, Muhyiddin mendedah sejak PKP mula dilaksanakan, Malaysia mengalami kerugian ekonomi sebanyak RM63 bilion dengan jumlah kerugian setiap hari adalah sebanyak RM2.4 bilion. Dan jika PKP mash diteruskan dalam tempoh masa sebulan, kerugian yang dihadapi negara dijangkakan berjumlah RM100 bilion.
Susulan itu PKP telah digantikan dengan PKP Bersyarat (PKPB) mulai 4 Mei membolehkan sektor ekonomi dan sosial dibuka semula selepas dua bulan ‘ditutup’ bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
Pengenalan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Malaysia (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) masing-masing dengan nilai RM250 bilion dan RM35 bilion semuanya bertumpu kepada rakyat.
Program PRIHATIN yang dilancarkan 10 hari selepas PKP dikuat kuasakan membuktikan komitmen kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi krisis ekonomi ini merangkumi semua golongan.
Manakala PENJANA pula strategi kerajaan khas bagi fasa keempat daripada enam gasa (6R) dalam menangani cabaran COVID-19 bemula dengan fasa Ketegasan (Resolve), Ketahanan (Resilience), Memulakan semula (Restart), Pemulihan (Recovery), Memperkasa (Revitalise) dan Menyusun Semula (Reform).
Dasar Muhyiddin Yassin dalam mengatasi COVID-19 boleh dikatakan sebagai yang terbaik di dunia. Meskipun PKP bukanlah satu langkah yang popular, namun tindakan berani Muhyiddin Yassin melaksanakannya biarpun dikritik beberapa pihak wajar dipuji kerana mampu melengkungkan graf jangkitan COVID-19 di Malaysia.
BACA: Dasar Kerajaan Muhyiddin Yasin Atasi COVID-19 Yang Terbaik Di Dunia
Setakat ini, kerajaan Malaysia telah melaksanakan PKP yang sebanyak enam fasa iaitu:
Fasa 1: 18 – 31 Mac 2020
Fasa 2: 1 – 14 April 2020
Fasa 3: 15 – 28 April 2020
Fasa 4: 29 April – 12 Mei 2020
Fasa 5 (PKP Bersyarat – PKPB): 13 Mei – 9 Jun 2020
Fasa 6 (PKP Pemulihan – PKPP): 10 Jun – 31 Ogos 2020
Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.
Trending now



