
10 Tanda Anak Kita Sangat Takutkan Kita
Memang tidak dapat dinafikan, zaman sekarang ini, cara untuk membesarkan anak memang jauh lebih mencabar berbanding zaman dahulu.
Perangai kanak-kanak zaman sekarang juga memang jauh berbeza dengan perangai kanak-kanak di zaman ibu bapa mereka membesar dahulu.
Dengan peranti dan gajet serba canggih, bermacam-macam dugaan dan pengaruh tidak baik kini hanya berada di hujung jari mereka sahaja.
Ibu bapa kini perlu tegas, tapi risau juga kalau garang sangat, silap-silap anak itu tak pasal-pasal jadi ‘lembut’ pula. Kalau dah terlalu banyak bagi muka, besar nanti entah-entah jadi ‘gengster’ pula.
Menurut perkongsian yang dibuat oleh Taufiq Razif di Facebooknya, walaupun garang dan tegas, kasih sayang ibu bapa perlu seimbang agar anak itu tidak sampai takutkan ibu bapa sendiri.
Terdapat 10 tanda yang menunjukkan anak sangat takutkan ibu bapa. Oleh itu, menurutnya lagi di ruangan komen, ibu bapa tidak boleh terlampau bagi muka (permissive) dan tidak boleh juga terlampau keras dan mengikat (authoritarian).
10 tanda yang disenaraikan beliau ini juga mungkin pernah kita alami sendiri satu ketika dahulu.
Soalnya ialah, adakah anak kita juga perlu lalui pengalaman yang sama?
Perlukah anak kita sangat takutkan kita?

10 Tanda Anak Kita Sangat Takutkan Kita
- Dia jadi tak selesa nak pandang anak mata kita.
- Dia jadi lebih selesa meluahkan masalah dengan kawan-kawannya dibandingkan kita.
- Perangainya berubah drastik bila melangkah masuk ke dalam rumah.
- Dia banyak buat masalah dan memberontak di belakang kita secara diam-diam.
- Dia banyak tunjukkan ‘microexpression’ wajah penuh ketakutan ketika bersama kita.
- Dia lebih memilih untuk berbohong daripada bercakap benar ketika ditanya tentang kesalahannya.
- Dia lebih banyak berdiam diri dan membisu di depan kita walaupun dia seorang yang sangat ceria dan extrovert bila bersama kawan-kawannya.
- Dia lebih banyak memendam perasaan dan tak pandai menunjukkan emosi dia bila berada bersama kita.
- Dia lebih suka menghabiskan masa bersama kawan-kawan dibandingkan bersama sama keluarga.
- Dia secara diam-diam melepaskan emosi amarahnya kepada adik-adiknya di belakang kita.
Taufiq Razif
Percaya bahawa ketegasan, kegarangan & kasih sayang itu perlu seimbang
If your children fear you, they can’t trust you..
If they don’t trust you, they can’t learn from you
BACA: AWAS! Unsur ‘Kunyit’ Dalam Filem Dan Rancangan Hiburan Kanak-Kanak Hari Ini
Sumber: Taufiq Razif