10 Tahun Di Udara, Pandemik COVID-19 ‘Hempas’ Juruterbang Ke Jalanan

Sumber: Anwar Ajid

10 tahun di udara, pandemik COVID-19 ‘hempas’ juruterbang ini ke jalanan.

Tidak dinafikan, 2020 adalah tahun yang mencabar buat semua. Ada yang hilang pekerjaan, tidak kurang juga yang kehilangan ahli keluarga kerana virus pandemik yang sedang melanda dunia.

BACA: CEO AirAsiaX Tukar Kerjaya Sebagai Penghantar Makanan Sepanjang Musim PKP

Dari awanan ke jalanan, itu yang boleh diringkaskan mengenai kisah hidup juruterbang, Kapten Anwar Ajid yang sudah 10 tahun bekerja di udara.

10 tahun bekerja sebagai juruterbang, wabak pandemik COVID-19 mengubah segalanya. Beralih daripada sektor kerajaan ke dunia penerbangan, sejak empat bulan lalu beliau hilang pendapatan susulan daripada syarikat tempat beliau bekerja kehilangan pendapatan.

Setelah keadaan agak tenang dan sektor ekonomi dibuka sedikit demi sedikit, beliau cuba mencari pekerjaan bagi meneruskan kehidupan namun ianya bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan ramai lagi individu lain turut melakukan yang sama.

Akhirnya beliau berjaya menjadi kapten darat yang menawarkan perkhidmatan e-hailing bertemankan motosikal berkuasa besar miliknya.

10 Tahun Di Udara, Pandemik ‘Hempas’ Juruterbang Ke Jalanan
Sumber: FB Anwar Ajid

Sama seperti pekerjaan lain, pastinya ada cabaran yang perlu beliau dilalui.

Jika dahulunya dalam tempoh masa satu jam beliau boleh menerima bayaran minimum sekitar RM600, namun kini amaun minimum yang boleh dicapai dalam masa sehari adalah RM50 hingga RM70 sahaja.

“So ini lah tugas aku ketika ini. GIG or hustle job orang kata. But… ada tapi.

Dulu sejam aku fly boleh dapat minima RM6xx sehari, but now dah terbalik sehari maksimum kerja bagai nak rak (dengan panas lengit, hujan, kena marah customer, hitam terbakar muka dan tangan) boleh dapat RM50 to RM70 sahaja.

Cukup ke nak bayar expenses aku? Memang tak cukup… But inilah rezeki Allah kasi for family aku buat masa sekarang.

Kesian sangat kat anak aku umur 8 tahun ini. So small tapi dah terpaksa lalui kesusahan ini. Maafkan papa ya nak. I try to max to find suitable job for our family to be like before.”

Tetap bersyukur dengan rezeki yang datang, bagi menampung perbelanjaan seharian kelarga beliau kini sedang menjalankan perniagaan sampingan bersama isteri tersayang.

Sumber: Anwar Ajid