
10 Perkara Yang Dapat Membahagiakan Orang Tua Semasa Beraya Di Kampung
Dalam kesibukan beraya di kampung, pasti kita terlepas pandang mengenai beberapa perkara mudah ini yang sebenarnya dapat membahagiakan lagi orang tua kita.
Walaupun perkara-perkara ini nampak remeh, ia mampu menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa yang selama ini amat merindui kepulangan anak-anak mereka.
Senarai yang ditulis oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebooknya ini sangat bermanfaat dan wajar dijadikan panduan untuk mereka yang akan pulang berhari raya tidak lama lagi.
Di Hari Raya Aidilfitri nanti, ada beberapa perkara yang boleh kita lalukan untuk bahagiakan orang tua kita. Perkara mudah yang selalu kita terlepas pandang.
- Hormati pandangan mereka. Jika kita tak bersetuju, kita hanya perlu nyatakan pandangan kita. Tak usah kata pandangan mereka salah.
- Jika mereka ulang cerita yang pernah diceritakan dahulu, dengar dan beri perhatian seolah-olah kita pertama kali mendengar cerita itu.
- Elakkan pukul atau tengking anak kita di hadapan mereka. Orang tua, hatinya sensitif. Mereka akan rasa terguris jika cucu mereka diperlakukan begitu.
- Beramah mesra dengan adik-beradik dan ipar-duai. Orang tua kita bahagia bila semua orang dalam keadaan harmoni dan muhibah.
- Bila makan, ajak anak dan isteri makan sekali. Orang tua akan gembira kalau semua orang makan serentak. Nampak mesra dan meriah.
- Elakkan menghadap telefon bila berada bersama mereka. Penuhi masa bersama dengan aktiviti yang memperbaharui jalinan kemesraan.
- Santuni jiran dan kenalan orang tua kita. Kita adalah aset yang paling dibanggakan oleh orang tua kita. Dah besar hati mereka jika kita santuni kenalan mereka.
- Lampin pakai buang anak tak usah dibiar berlonggok dalam bilik atau tandas. Sebelum kita balik raya, emak susah payah bersihkan bilik.
- Sebelum kita berangkat pulang ke rumah masing-masing nanti, bantu bawa sampah ke kawasan pengumpulan sampah.
- Sesudah sampai ke rumah, beritahu pada ibubapa yang kalian dah selamat tiba. Tak usah biarkan ibubapa risau perjalanan kita.
Semoga bermanfaat!
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Team Raya Shah Alam
BACA: Balik Kampung Tapi Tidur Di Hotel Boleh Mengguris Perasaan Orang Tua?
Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan