10 Nama Ahli Politik & Ahli Perniagaan Yang Disenaraikan Dalam Laporan Pandora Berkaitan Pemilikan Akaun Luar Pesisir 2

10 Nama Ahli Politik & Ahli Perniagaan Malaysia Yang Tersenarai Dalam Laporan Pandora Papers Berkaitan Pemilikan Akaun Luar Pesisir

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

10 nama ahli politik dan ahli perniagaan yang disenaraikan dalam laporan Pandora Papers berkaitan pemilikan akaun luar pesisir.

Sejak beberapa hari lalu, kecoh diperkatakan mengenai satu laporan yang dikeluarkan Investigative Consortium of Investigative Journalists atau ICIJ yang mendedahkan 336 nama yang memiliki akaun luar pesisir. 

Laporan siasatan yang turut dikenali sebagai Pandora Papers itu menyenaraikan lebih 330 ahli politik dan 130 jutawan Forbes termasuklah selebriti, ahli keluarga diraja, ketua kumpulan keagamaan dan lain-lain dari 200 buah negara yang menggunakan akaun luar pesisir untuk menyembunyikan wang dan pelaburan bernilai ratusan juta dolar.

10 Nama Ahli Politik & Ahli Perniagaan Yang Disenaraikan Dalam Laporan Pandora Berkaitan Pemilikan Akaun Luar Pesisir 1
Sumber: ICINJ

Dalam senarai laporan penyiasatan yang melibatkan 600 orang wartawan daripada 150 media dari 117 buah negara mendedahkan hampir 12 juta fail yang dimiliki 14 firma kewangan serata dunia.

Media Coconuts melaporkan dalam senarai Pandora Papers tersebut, 10 daripada nama yang disenaraikan adalah ahli politik dan ahli perniagaan dari Malaysia, iaitu:

  1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
  2. Tun Dr. Abdul Daim Zainuddin
  3. Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
  4. Yamani Hafez Musa
  5. Tan Sri G. Gnanalingam
  6. Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib dan Dato’ Hanifah Hajar Abdul Taib
  7. William Leong Jee Keen
  8. Tan Sri Datuk Tiong Hiew King dan Dato’ Sri Dr. Tiong Ik King
  9. Tan Sri Larry Low Hock Ping dan Puan Sri Goh Gaik Ewe (ibu bapa kepada Jho Low)
  10. Tan Sri Lim Kok Thay

Susulan itu, ada lagi beberapa perkara yang perlu anda tahu mengenai Pandora Papers yang melibatkan nama-nama ahli politik dan ahli pernigaan Malaysia ini:

1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaan untuk disiasat susulan laporan berkenaan menyatakan beliau memiliki akaun luar pesisir di British Virgin Island (BVI).

2. Tun Dr, Daim Zainuddin menyatakan penglibatannya tidak merangkumi kesemua akaunnya dan urus niaga yang didedahkan adalah tidak tepat.

3. Tengku Datuk Seri Zafrul mengesahkan beliau telah melepaskan semua jawatan yang dipegang dalam Kumpulan Kenanga Holdings Berhad pada Jun 2010.

4. Sebahagian besar daripada 118 firma luar pesisir didiakwa melibatkan pemilik yang berasal dari Malaysia.

5. Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar usul kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-Peratuan Majlis Mesyuarat Dwan Rakyat untuk membahaskan perkara itu. Namun usul berkenaan ditolak.