
10 Makanan Yang Perlu Diperbanyakkan Dalam Diet Anak Yang Menghidap Asthma
Meskipun makanan sebenarnya tidak boleh menyembuhkan penyakit asthma, namun pemakanan dan diet yang sihat dapat membantu mengurangkan dan mencegah serangan asthma terhadap kanak-kanak.
Oleh yang demikian, pemilihan makanan yang sihat adalah penting dalam menu kanak-kanak yang menghidap asthma demi kesihatan mereka yang lebih terjamin.
Dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan di Facebooknya berikut, 10 jenis makanan yang perlu diperbanyakkan dalam diet anak yang menghidap asthma untuk manfaat kita bersama.
Sama-samalah kita cuba dan ikthtiar, ya?
Banyakkan 10 makanan ni untuk anak yang ada asthma
Tak ada satu pun dari makanan ni, yang terus boleh hilangkan asthma anak sebenarnya.
Tapi jika kita ubah sikit diet anak, banyakkan makanan real food macam ni, kurangkan sebanyak mungkin makanan ultra proses, insya-Allah kita akan nampak perubahan yang sangat ketara.
- Epal
- Oren
- Delima
- Kacang almond
- Ikan
- Halia
- Kunyit
- Bayam
- Tomato
- Carrot
Semua real food yang hanya 1 bahan je. Masukkan dalam menu harian dan mingguan anak-anak.
Real food macam ni, boleh kurangkan radang pada paru-paru dan tubuh anak. Asthma kurang nak menyerang, atau kalau datang, insya-Allah cepat sembuh.
Syaratnya, ultra processed food kena tinggal dulu.
Sebanyak mana pun makanan sebenar yang sihat kita bagi anak, tapi kalau hari-hari anak masih ambil makanan tinggi proses, tetap juga asthma anak akan susah nak sembuh.
Makanan boleh jadi baja untuk tubuh anak.
Makanan jugak boleh jadi racun untuk tubuh anak.
Tugas kita kan, nak pilih yang mana.
Kita buat sama-sama ya, moga Allah berikan petunjuk untuk kita pilih yang baik-baik buat anak.
Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Follow saya di sini jugak k.
instagram.com/mazliana.mazlan
t.me/sembangsihat
BACA: Sering Pucat Dan Lesu, Anak Anda Mungkin Mengalami Anemia
Sumber: Mazliana Mazlan