10 Info Palsu Tentang Tip Pencegahan COVID-19

Info Palsu COVID-19
Sumber: Asia Times

Memandangkan penularan wabak COVID-19 belum lagi menunjukkan penurunan lebih-lebih lagi di negara-negara selain China, pelbagai info yang berunsurkan nasihat dan tip pencegahan tersebar di media sosial yang sebenarnya banyak info palsu berbanding yang benar.

Perkara ini membuatkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) perlu menangani info palsu yang sudah berlegar di laman sosial. Ada beberapa info palsu yang mengelirukan mengenai COVID-19 ini, antaranya ialah:

1. Mandi air panas tidak dapat mencegah COVID-19

Menurut penjelasan WHO, mandi dengan menggunakan air panas boleh membahayakan tubuh badan kerana kulit hanya akan melecur, bukannya mencegah penyakit COVID-19.

Cara terbaik untuk melindungi diri daripada koronavirus ini adalah dengan sering mencuci tangan bersama sabun di bawah air mengalir.

2. Koronavirus tidak disebarkan melalui gigitan nyamuk

WHO menegaskan sehingga kini masih belum ada maklumat atau bukti yang menunjukkan bahawa COVID-19 dapat disebarkan melalui gigitan nyamuk.

Koronavirus baharu ini menyebar melalui air liur orang yang dijangkiti ketika batuk atau bersin. Oleh itu, WHO menyarankan agar menghindari kontak langsung dengan seseorang yang menghidap gejala wabak ini.

3. Lampu ultraviolet tidak boleh membunuh koronavirus

Maklumat mengenai lampu ultraviolet (UV) dapat membunuh COVID-19 ditepis WHO. Menurut mereka, lampu UV boleh menyebabkan iritasi pada kulit kerana radiasinya yang cukup kuat.

Info Palsu COVID-19
Sumber: SoyaCincau

4. Thermal scanner tidak dapat mengesan mereka yang dijangkiti COVID-19

Menurut WHO, fungsi thermal scanner hanya untuk mengesan suhu tubuh seseorang tetapi tidak dapat mengesan mereka yang dijangkiti Covid-19.

Virus ini mula menjangkiti mangsa sekitar 2 hingga 10 hari.

5. Menyembur alkohol ke seluruh badan tidak dapat membunuh koronavirus

WHO menegaskan bahawa menyembur alkohol atau klorin ke seluruh tubuh tidak dapat membunuh COVID-19. Malah dapat membahayakan selaput pada mata dan mulut.

6. Vaksin pneumonia tidak dapat melindungi diri dari koronavirus

WHO mengatakan melakukan vaksin pneumonia tidak memberikan perlindungan terhadap koronavirus.

Menurut WHO, virus ini agak baharu dan berbeza sehingga memerlukan vaksin tersendiri. Sehingga ini, beberapa penyelidik dari pelbagai negara masih menyelidik vaksin Covid-19.

7. Membilas hidung dengan cairan saline tidak boleh cegah koronavirus

Menurut WHO, belum ada bukti bahawa mencuci hidung dengan cairan saline bahkan air garam secara teratur dapat melindungi diri dari virus COVID-19.

8. Makan bawang putih tak dapat membantu cegah Covid-19

WHO menepis maklumat yang mengatakan bahawa makan bawang putih dapat mencegah diri daripada penyakit COVID-19, meskipun bawang putih tergolong daripada makanan sihat yang memiliki sifat anti-mikrob.

9. Semua peringkat usia boleh terkena jangkitan COVID-19

Ada informasi yang mengatakan bahawa koronavirus lebih mudah menjangkiti orang yang lebih muda dan tua.

Menurut WHO, COVID-19 boleh menyerang sesiapa sahaja namun jika ada orang yang lebih tua memiliki penyakit bawaan seperti asma, diabetes bahkan jantung, risiko jangkitan lebih tinggi.

10. Ubat antibotik tidak boleh membunuh COVID-19

WHO menegaskan antibiotik hanya bekerja untuk melawan bakteri bukan virus.

Sumber: CNN