10 Cawangan Pasar Raya Harga Termurah Di Pasaran Milik Ebit Lew Akan Dibuka Bulan Hadapan

Akhir Mac lalu, pendakwah bebas, Ebit Lew ada meluahkan hasrat mahu membuka 10 cawangan pasar raya yang menawarkan harga termurah di pasaran bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan.

BACA: Ebit Lew Mahu Buka Pasar Raya Dengan Harga Barangan Paling Murah Di Pasaran

Bakal menamakannya sebagai Elews Mart, Ebit Lew menerusi satu hantaran Facebook memaklumkan 10 cawangan pasar raya ini akan dibuka seawalnya bulan hadapan.

Pasar raya milik penceramah bebas, Ebit Lew yang bakal menawarkan harga barangan paling murah di pasaran.Kredit: Azilah Akashah

Posted by ODISI on Monday, June 22, 2020

Antara lokasi terlibat:

  1. Bandar Baru Bangi
  2. Kajang
  3. Cyberjaya
  4. Sungai Buloh
  5. Balakong Cheras
  6. Shah Alam
  7. Damansara
  8. Prima Gombak
  9. Gombak Traders
  10. Subang Perdana

Tidak terlepas daripada persoalan mengapa tiba-tiba mahu membuka pasar raya, Ebit Lew menjelaskan ianya adalah salah satu cara untuk beliau membantu golongan susah secara berterusan biar pun sedikit.

Pohon doakan yer sahabatku semua. Doa semua sangat penting dalam usaha ini. Syukur 10 elewsMart dan DC kami sedang…

Posted by Ebit Lew on Tuesday, June 23, 2020

Sudah memiliki tiga buah restoran Paramount Coffee House dan butik Elews, beliau meluahkan hasrat mahu membantu semua kelompok tanpa mengira bangsa dan agama,bukan sahaja daripada segi mendapatkan harga barangan runcit paling murah dalam pasaran tetapi juga daripada segi tawaran peluang pekerjaan.

Sebelum ini, semasa beliau meluahkan hasratnya mahu membuka rangkaian pasar raya ini di laman Facebooknya, ramai yang menyokong penuh impiannya dan memberikan kata-kata positif serta mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan selain daripada dimurahkan rezeki supaya dapat membantu lebih ramai golongan susah.

10 Cawangan Pasar Raya Harga Termurah Di Pasaran Milik Ebit Lew Akan Dibuka Bulan Hadapan 1

Dalam perkembangan pada awal Jun lalu, Ebit Lew memohon orang ramai agar urusan pencarian pembekal barangan runcit paling murah dipermudahkan dan meminta mereka yang berminat untuk menjadi pembekal.