
10 Cara Mudah Bagaimana Nak Atasi Masalah ‘Jet Lag’
Dr Rizal Abu Bakar dari Neuroversiti.com sekali lagi berkongsi panduan berguna melalui laman Facebooknya untuk orang ramai.
Kali ini, Dr Rizal berkongsi masalah jet lag atau gangguan tidur yang disebabkan oleh perjalanan jauh melalui udara dan merentasi zon masa.
Perjalanan jauh ini menyebabkan jam biologi yang mengawal waktu bangun dan tidur serta ritma harian seseorang terganggu.
Ketika ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti dan mengerjakan ibadah umrah pada waktu ini, perkongsian Dr Rizal ini dirasakan memang benar-benar sesuai dan amat bermanfaat.
Hanya 10 cara mudah ini sahaja yang disarankan oleh Dr Rizal bagi mengatasi masalah jet lag.
Sekarang musim orang tunai umrah. Semua rindu Tanah Haram.
Perjalanan nak ke sana ambil masa belasan jam. Mahu jet lag dibuatnya.
Nak hilangkan jet lag? Ramai akan angguk. Jet lag berlaku sebab beza masa tempat kita travel dengan tempat tinggal kita.
Contohnya kalau pergi buat umrah. Beza masa 5 jam. Bila balik kita masih dok ikut masa kat Mekah.
Masa makan, masa tidur masih kat sana. Tapi kita dah kat Malaysia. Mengantuk dan lapar ikut waktu sana.
Macam mana nak keluar cepat dari jet lag ni? Senang saja. Elak dari ikut waktu sana dengan,
- Pukul 12 lebih keluar rumah dan dapatkan cahaya matahari. Benda ni penting untuk reset circadian rhythm atau jam biologi kita.
- Kalau mengantuk sangat tidur tidak lebih dari 30 minit. Kunci jam. Minta orang kejutkan. Bila bangun terus mandi.
- Makan pada waktu kita bukan waktu negara kita lawat. Ikut time table Malaysia. Kalau lapar sangat tengah malam, ambil sepotong buah saja. Itu dah memadai untuk trick otak yang anda sedang makan. Minum air.
- Buat senaman ringan waktu pagi atau petang.
- Gelapkan rumah seawal jam 9:30. Buka lampu satu tempat saja. Ini akan bantu melatonin untuk keluar. Melatonin adalah hormon tidur.
- Masa nak tidur pastikan suhu bilik sekitar 22-24 darjah selsius. Ini akan bantu melatonin keluar.
- Pastikan bilik tidur gelap tanpa cahaya. Kalau kulit (organ terbesar manusia) detect ada cahaya, dia akan relay information ke otak kata hari masih siang. Pengeluaran melatonin akan terbantut.
- Lepas makan malam boleh ambil suplemen magnesium dan ashwagandha. Kedua-dua ni akan bantu dapat tidur nyenyak.
- Elakkan minuman berkafein selepas jam 2 petang. Kafein boleh sebabkan tidur terjaga-jaga.
- Elak dari guna handphone, tengok movie atau aktiviti yang bagi cergas 4 jam sebelum tidur.
Cuba try test yang di atas ni dulu.
Insya-Allah dapat break cycle jet lag dengan cepat.
Selamat mencuba.
#DrRizal
BACA: Doktor Ajar Cara Nak Buat Ubat Batuk Sendiri Di Rumah, Hanya Pakai 2 Bahan Sahaja
Sumber & kredit foto: Facebook DrRizal Abu Bakar
Trending now



